Kitab-kitab lama memang sukar didapati sekarang, sesiapa yang memiliki kitab lama sangat beruntung kerana ia adalah suatu harta yang bernilai, lebih dari segunung intan. Di blog ini kami ingin berkongsi ilmu yang terdapat pada kitab lama yang kami perolehi, semoga memberi manfaat kepada semua yang berminat.
'
Petikan dari kitab Al-Muntahi, karangan Sufi terkenal dari Indonesia, HAMZAH FANSURI.
'
Bahagian Pertama: AL-MUNTAHI
'
1. Ketahui oleh mu hai Talib (pelajar) bahawa sabda Rasullulah saw : Barang siapa menilik kepada suatu, jika tidak dilihatnya Allah dalamnya, maka ia itu sia-sia. Kata Ali (Saidina Ali): Tiada ku lihat suatu melainkan kulihat Allah dalamnya. Sabda Nabi;
'
Barangsiapa mengenal dirinya, maka sanya mengenal Tuhannya.
'
2. Erti mengenal Tuhan dan mengenal dirinya yakni: diri KUNTU KANZAN MAKHFIYYAN itu dirinya, dan semesta sekelian alam Ilmu Allah. Seperti sebiji (benih) dan pohon, pohonya dalam sebiji itu, sungguhpun tidak kelihatan, tetapi hukumnya ada dalam sebiji itu. Kata Seikh Junaid: Ada Allah dan tiada ada sertaNya suatu pun. Ia sekarang ini seperti AdaNya dahulu itu jua. Kerana itu Ali berkata; Tiada ku lihat sesuatu melainkan ku lihat Allah dalamnya.
'
bersambung…. ke bahagian 2:
'
'
'
Respons to “Al-Muntahi”
'
1.Dan apakah itu Muntahi,Muntaddi, Muntawasid pada cerita Hakikat nya kita….beramal?
'
1.Salaam.. muntahi (orang hakikat); muntawasid (orang tarikat); muntadi (orang syariat).
'
2.Dan cara Amalan yang mana kah yang di terima Allah…
'
3.Salaam.. Amal yang di dalamnya tidak mempunyai syirik (menyekutukan Allah) sedikit pun, walaupun sebesar zarah yang paling kecil..
'
4.Salam… Semua manusia akan melalui jalan sirik maka akan di kenali pula jalan pengisbatan. Bukan kah syariat itu permulaan belajar, Tarikat itu musafir. Dan hakikat itu ilmunya. Makrifat itu keyakinan nya.
'
1.mudahan kita semua selalu dalam rahmat allah swt…amien….
Tidak ada komentar:
Posting Komentar