17. Firman Allah SWT: QS AS SAFFAAT 37: 96: Bahawa Allah menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu.
'
Dan lagi Firman Allah SWT: QS Hud 11:56: Tiada sesuatu yang melata di muka bumi, melainkanDialah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku di jalan yang lurus.
'
Dan lagi sabda Rasullulah SAW: Tiada daya dan upayaku kecuali dengan izin Allah.
'
Sabda Rasullulah lagi: Tidak bergerak suatu zarah kecuali dengan izin Allah.
'
Sabda Rasullulah lagi: Baik dan buruk itu daripada Allah SWT.
'
Firman Allah SWT QS AL MURSALAT 77:30: : Dan tidak berkehendak mereka itu seorangjua pun melainkan dengan kehendak Allah jua.
'
18. Sekelian dalil dan hadis ini isyarat kepada : Siapa yang mengenal diri maka mengenal Tuhannya , lain daripadanya tiada.
'
Dan kata Syeikh Muhyildin Arabi: Telah haramlah atas segala yang berahi bahawa memandang lain daripadaNYA, Apabila ada keadaan Allah dengan cahayaNYA giling gemilang. Barang segala yang ku katakan dan bahawa Engkau jua Esa, tiada lain Suatupun daripadaMu maka sekarang barang lain daripadaMuitu seperti haba adanya.
'
Seperti Firman Allah SAT: QS AR RAHMAN 55: 29: P ada segala hari Ia dalam kelakuanNYA
'
Bersambung ke bahagian 10.
'
'
'
9 Respons to “Al Muntahi (bhg. 9)”
'
1.untuk mengenal diri itu >>> apa kah yang hendak di kenal? serta bagaimana cara2 nya>..serta apa kah faedah nya???
'
1.untuk mengenal diri adalah mengenal ruh seterusnya allah,, banyak berzikir,, supaya tidak syirik kepadanya.
'
1.salam,,
kuncinya adalah Dzat Allah Yang Maha meliputi,, dapatkan itu dahulu,, yang lain akan datang dengan sendirinya,, caranya mendapatkannya,, adalah dengan anugerahnya,, tapi jikalau ente ikhlas,, dan selalu meneliti tulisan-tulisan yang ada dalam blog ini,, jawapanya sudah ada di sini,, tapi,, sudahkah sampai masanya,, Dia mengkehendaki ente sampai kepadanNYa,, itu haknya. yang lain hanya dapat menunjukjalan,, dia sendiri yang yang memilih ente.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar