26. Di situlah tempat tinggal orang yang berahi kepada Allah, berahikan surga pun tidak, dengan neraka pun dia tidak takut, kerana pada orang berahi yang wasal jannah (sampai surga), itulah yang dikatakan dalam firman Allah QS Al Fajr 89:29,30: Masuklah kamu dalamgolongan hambaKu, dan masuklah kamu ke dalam surgaKu.
'
Pulang ia kepada tempat perbandaharaan yang tersembunyi (Dzat Allah).
'
Seperti kata ahli makrifatullah: Barang siapa mengenal Allah maka ia itu musyrik (kenapa musyrik? Kerana ada dualiti).
'
Dan lagi kata ahli Allah: Yang fakir itu hitam (tiada) mukanya pada kedua negeri (Zahir dan batin, yang ada hanya wajah Allah)
'
Dan Lagi: Aku telah karamlah pada laut yang tidak bersisi (Dzat Allah), Maka lenyaplah aku di dalamnya, Daripada ada dan tiada pun aku tiadalah tahu.
'
Kata syair: Kembalilah aku daripada menuntut dan yang dituntut. Dan berhimpunlah aku antara yang memberi kurnia dan yang dikurniai, Dan kembalilah daripada aku bagi adaMu. Tiada engkau di dalamnya dan tiada aku.
'
Kata Syeikh Attar pula : Daripadanya kembalilah, setengah daripadanya melihat temasya tepuk dan tari,
'
Nyawa pun diberi selesailah ia daripada tuntut. Lagi kata: Kertas pun dibakar dan pensel pun dipatahkan dan dakwat pun ditumpahkan dan nafas pun ditarik. Inilah kisah ragam orang berahi bahawa dalam daftar tidak lulus (tidak dapat dikisahkan). Lagi kata: Tuntut pun seteru dan kehendak pun sia-sia, dan wujudpun jadi dinding (hijab) tidak dapat diperolehi menghendaki damping dan cita, yang hadir segala nafs pun menjauhkan (menghijab).
'
27. Inilah kesudahan sekelian, inilah yang dikatakan Fana, inilah yang dikatakan alam Lahut, pun dapat dan dikatakan wasal (sampai), dikatakan mabuk (berahi Allah) pun dapat.
'
Inilah kata Shah Ali Barizi: Kepada pintu negeri yang Fana (yang tinggal hanya Allah) sujudlah aku. Ku bukakan kepalaku, maka pertunjukanlah mukaMu kepadaku.
'
Kata orang Pasai: Jika tidak tertutup maka tidak bertemu (Dzat Allah). Erti pada itu tidak lulus iaitu, menjadi seperti dahulu kala seperti di alam Lahut, tatkala dalam perbendaharaan tersembunyi, serta dengan TuhanNya.
'
Seperti biji benih dalam pohon kayu, sungguhpun zahirnya tidak kelihatan, hakikatnya Esa jua. Sebab itulah Mansur Al Halaj menyatakan: Ana al Hak (Akulah Hak), manakala setengah sufi yang lain menyatakan: Anallah (Aku Allah), kerana adanya (dirinya) tidaklah dilihatnya lagi (telah Fana, yang tinggal hanya Allah).
'
'
Bersambung ke bahagian 14.
TAMBAHAN JAWAB
'
'
'
'
1.salam.., apa pandangan tentang orang yang melalui jalan hakikat tapi meringankan syariat..
'
2.salam alaika.. syariat adalah perintah Allah melalui Rasullullah, dan kalau tidak mahu mengikutnya bermakna samalah seperti iblis, yang mengingkari perintah Allah supaya sujud kepada nabi Adam. oleh itu janganlah meringankan
(tidak melaksanakan) syariat.
'
3.dah di katakan … Shariat tampa Hakikat>>>adalah kosong kosong ….dan Hakikat tanpa Shariat … adalah batal ..oleh itu mau tak mau kena di gunakan untuk selarikan antara Zaahir dan Bathin….baru lah berfungsi dengan Ilmu yang di pelajari…… itu lah cara dan jalan nya untuk kesampaian….kerana kita melakukan nya dengan ke sempurnaan untuk NYA.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar