Sabtu, 30 April 2011

Al,muntahi (bhg 1)

Kitab-kitab lama memang sukar didapati sekarang, sesiapa yang memiliki kitab lama sangat beruntung kerana ia adalah suatu harta yang bernilai, lebih dari segunung intan. Di blog ini kami ingin berkongsi ilmu yang terdapat pada kitab lama yang kami perolehi, semoga memberi manfaat kepada semua yang berminat.
'
Petikan dari kitab Al-Muntahi, karangan Sufi terkenal dari Indonesia, HAMZAH FANSURI.
'
Bahagian Pertama: AL-MUNTAHI
'
1. Ketahui oleh mu hai Talib (pelajar) bahawa sabda Rasullulah saw : Barang siapa menilik kepada suatu, jika tidak dilihatnya Allah dalamnya, maka ia itu sia-sia. Kata Ali (Saidina Ali): Tiada ku lihat suatu melainkan kulihat Allah dalamnya. Sabda Nabi;
'
Barangsiapa mengenal dirinya, maka sanya mengenal Tuhannya.
'
2. Erti mengenal Tuhan dan mengenal dirinya yakni: diri KUNTU KANZAN MAKHFIYYAN itu dirinya, dan  semesta sekelian alam Ilmu Allah. Seperti sebiji (benih) dan pohon, pohonya dalam sebiji itu, sungguhpun tidak kelihatan, tetapi hukumnya ada dalam sebiji itu. Kata Seikh Junaid: Ada Allah dan tiada ada sertaNya suatu pun. Ia sekarang ini seperti AdaNya dahulu itu jua. Kerana itu Ali berkata; Tiada ku lihat sesuatu melainkan ku lihat Allah dalamnya.
'
bersambung…. ke bahagian 2:
'
'
'
Respons to “Al-Muntahi”
'
1.Dan apakah itu Muntahi,Muntaddi, Muntawasid pada cerita Hakikat nya kita….beramal?
'
1.Salaam.. muntahi (orang hakikat); muntawasid (orang tarikat); muntadi (orang syariat).
'
2.Dan cara Amalan yang mana kah yang di terima Allah…
'
3.Salaam.. Amal yang di dalamnya tidak mempunyai syirik (menyekutukan Allah) sedikit pun, walaupun sebesar zarah yang paling kecil..
'
4.Salam… Semua manusia akan melalui jalan sirik maka akan di kenali pula jalan pengisbatan. Bukan kah syariat itu permulaan belajar, Tarikat itu musafir. Dan hakikat itu ilmunya. Makrifat itu keyakinan nya.
'
1.mudahan kita semua selalu dalam rahmat allah swt…amien….

Al-Muntahi (Bhg: 2)

3. Tetapi jangan melihat seperti kain basah kerana kain lain, airnya lain. Allah SWT maha suci daripada demikian itu tamsilnya, tetapi jika ditamsilkan seperti laut dan ombak, harus seperti kata syair;
'
Yang laut itu  laut jua pada sedia pertamanya, Maka yang baru itu ombaknya dan sungainya, Jangan mendindingi di kau segala rupa yang menyerupai dirinya, Kerana dengan segala rupa itu dinding daripadanya.
Tetapi ombak beserta dengan laut Qadim, seperti kata; Laut ituQadim, apabila berpalu, baru ombak namanya dikata, tetapi pada hakikatnya laut jua,… kerana laut dan ombak esa tiada dua. Seperti Firman Allah;  Allah dengan segala sesuatu meliputi. Sabda Rasullulah saw; Aku daripada Allah, sekelian alam daripada ku.
'
Seperti matahari dengan cahayanya dengan panasnya; namanya tiga hakikatnya satu jua. Seperti isyarat Rasullulah saw; barangsiap mengenal dirinya sanya mengenal Tuhannya.
'
4. Adapun dirinya itu, sungguhpun beroleh nama dan rupa jua, hakikatnya rupanya dan namanya tiada. Seperti bayang-bayang dalam cermin; rupanya dan namanya ada hakikatnya tiada. Seperti sabda Rasullulah saw; Yang Mukmin itucermin samanya mukmin.
'
Ertinya, Nama Allah Mukmin, maka hambanya yang khas pun namanya mukmin. Jika demikian sama dengan Tuhannya, kerana hamba tidak bercerai dengan Tuhannya, dan Tuhan pun tidak bercerai denganhambaNya.
'
bersambung … ke bahagian 3.
'
'
'
Respons to “Al-Muntahi (Bhg: 2)”
'
1.Tidak di keranakan engkau Ya Mohd……..KU jadikan Alam ini. Barang siapa mengenal diri nya sa mengenal Allah …..Baranag siapa mengenal Allah maka binasa diri nya>>?
'
2.Salaam.. fanalah … maka kenallah Allah… bagaimanapun ini bukan proses yang mudah, hanya dengan pertolongannya jua baru mengerti..
'
1.kalau sudah fana maka kenal lah engkau kepada yang sebenarnya diri maka jangan lah kau ragu lagi……..ambil 7 lapis langit dan 7 lapis bumi dan yangdi antara nya kepunyaa an siapa…dan kemudian lihat lah kepada dirimu dari ujung rambut sampai ke ujung kaki kepunyaan siapa?jika engkau ada allah pun ada maka engkau belum mengenal dirimu tetapi bila allah ada engkau tidak ada maka kenallah engkau kepada allah…..semua yang kita jalani ini hanyalah sandiwara…ibarat main bola kalau ga ada kiper nya(kebobolan terus) ya ga seru donk…ga ada ceritanya lagi donk…..subhannallah…..sungguhnikmat semua ini ….jangan lagi engkau berkomunikasi dengan allah jika engkau sudah mengenal jika masih berkomunikasi maka engkau masih terdinding…jika engkau pun masih ingat kepada allah engkau pun masih punya ingat maka engkau pun syirik….hilangkan sampai sekecilapapun kesyirikan yang ada pada dirimu….
'
1.wahai saudaraku….hapuslah komen saya apabila ada yang tidak mengerti dengan yang saya maksud..karena rentan akan fitnah….tapi ya inilah yang sebenarnya….
'
3.Untuk mendapat pertolongan dari Allah bagaimana kah cara nya yang Abdal, dan bagaimana kah cara nya kita hendak beramal dengan mendapat sambutan serta sokongan dari Allah? >> Apa kah itu Ikhlas dan Kesempurnaan yang menjadi pernilaian Allah pada tingkah laku serta perbuatan kita?..
'
1.carilah ilmu yang dari allah bukan ilmu yang dari pada nafsu…ilmu yang dari allah masuk ke telinga gugur ke hati membekas di bathin gugur ke perbuatan dan adab /akhlak……cara mendapat kan ilmu ada yang melalui jalan tarekat dengan amalan tertentu agar terbuka hijab…dan ada yang langsung mendapat kan hidayah dari allah….tetapi insya allah orang yang berniat aja ingin belajar ilmu ini sudah selamat apalagi orang yang menuntut dan mendapatkan ilmu ini…amien ya allah
'
4.Salam.. ..belajarlah cara berkomunikasi dengan Allah. .. beramallah dengan tidak mensyirikkan Allah. ikhlas itu pula bertingkat-tingkat pengertiannya.. satu daripadanya…TIADA DAYA UPAYA KU HANYA ALLAH…
'
5.Apa ka itu IKHSAN untuk digunakan samasa beramal? . serta apa pula yang hendak di Ikhsan kan ketika itu?
'
6.Salaam.. Ikhsan percaya kita melihat Allah,.. jikalau tidak mampu berbuat begitu,.. percaya Allah melihat kita,.. ini lebih mudah kerana kita yakin Allah Maha Melihat.

Al-Muntahi (Bhg: 3)

5 . Seperti firman Allah SWT: IA itu serta kamu barang di mana ada kamu. Dan lagi Firman Allah SWT: Jika orang tiga, melainkan IA jua keempatnya dengan mereka itu; dan jika ada lima (orang), melainkan IA keenamnya dengan mereka itu; dan tiada lebih dan tiada kurang daripada demikian itu malainkan IA jua serta mereka itu.
'
Seperti firman Allah SWT: Kami terlebih hampir kepadanya daripada urat leher yang kedua.
'
6. Dengarkan hai Talib (pelajar) WA HUA MA AKUM (dan DIA beserta kamu), tiada di luar dan tiada di dalam, dan tiada di atas dan tiada di bawah, dan tiada di kiri dan tiada di kanan, seperti firman Allah SWT: IA  jua yang Dahulu (Awal) dan IA jua yang Kemudian (Akhir) dan IA jua yang Nyata (Zahir) dan IA jua yang Tersembunyi (Batin).
'
Lagi pun tamsil seperti pohon kayu sepohon. Namanya (pohon)limau atau atau lain daripada (pohon) limau. Daunnya lain, dahannya lain, bunganya lain, buahnya lain, akarnya lain. Pada hakikatnya sekelian itu (pohon) limau jua. Sungguhpun namanyadan rupanya dan warnanya berbagai, hakikatnya esa jua.
'
Jikalau demikian hendalah segala Arif (orang)  mengenal Allah SWT seperti isyarat Rasullulah SAW: Barang siapa mengenal dirinya maka sanya mengenal Tuhannya.
'
bersambung … ke bahagian (4).
'
'
'
Respons to “Al-Muntahi (Bhg: 3)”
'
2.WA HUA MA AKOM .>>>Dia beserta kamu…. Jikalau dah beserta apa yang menjadi masaalah pada kita. Cuma yang perlu di fikirkan bagaimana di katakan tiada diluar dan didalam, tiada didepan dan belakang ,tiada di atas dan di bawah tiada di kiri dan di kanan. tapi di mana?
'
Wal Awal , Akhir ,Zahir ,Bathin ini apa dia dan bagaimana hendak di huraikan, kedudukan nya pada siapa?
'
4.Maaf kan saya …… saya maseh memerlukan huraian serba sadikit untuk panduan Ilmu. Sakira nya di satiap jawapan hanya kapada Dia Nya Hakikat Makrifat >>>> maka bagi saya hujah ini maseh terumbang ambing bagi orang2 yang belum lagi mendapatkan parhatian mata hati ka Hakikat dan Makrifat .. maaf.

Jumat, 29 April 2011

Al-Muntahi (Bhg:4)

7. Sebermula sabda Rasullulah SAW dengan diisyaratkan jua. Sungguhpun pada Syariat rupanya berbagai-bagai pada Hakikat Esa jua, seperti kata syair;
'
Bahawa ada kekasihku, tubuh dan nyawa rupanya jua, Apa tubuh? Apa nyawa?…. sekelian alam pun rupanya jua; Segala rupa yang baik dan erti yang suci itu pun rupanya jua, Segala barang yang datang kepada penglihatanku itu pun rupanya jua.
.
Seperti firman Allah SWT : Barang ke mana mukamu kau hadapkan, maka di sana ada Dzat Allah. Tamsil, seperti susu dan minyak sapi, namanya dua, hakikatnya satu jua. Kesudahannya susu lenyap apabila ia diputar… minyak jua kekal sendirinya.
'
8. Sesekali tidak bertukar sepertisabda Rasullulah SAW: Barangsiapa mengenal dirinya dengan fananya, bahawa sanya mengenal ia Tuhannya dan Baqalah ia dan serta Tuhannya.
'
Seperti mengetahui ruh dengan badan; Ruh muhit (hidup) pada badan pun tiada, dalam badan pun tiada, di luar badan pun tiada. Demikian lagi Tuhan;  pada sekelian alam pun tiada,  dalam alam pun tiada, di luar alam pun tiada. Seperti permata cincin dengan cahayanya, dalam permata pun tiada cahayanya, di luar permata pun tiada cahayanya.
'
bersambung …ke bahagian 5:
'
'
'
'
Respons to “Al-Muntahi (Bhg:4)”
'
1.Shariaat tanpa Hakikaat kosong dan Hakikat tanpa Shariat adalah batal…..oleh itu jikalau beramal maka >>>>Ilmu tanpa beramal dan beramal tanpa Ilmu>>>>?
'
2.salaam.. sebelum sampai ke hakikat mestilah makrifat dulu,..setelah makrifat maka dudulah dalam hakikat…
'
2.salaam.. sebelum sampai ke hakikat mestilah makrifat dulu,..setelah makrifat maka dudulah dalam hakikat…
'
3.Bagai mana caranya untuk mendapatkan Makrifat? dan kenapa dapat Marifat kita kena duduk pada Hakikat?
'
4.Salam.. Makrifat adalah anugerah Allah, anugerah itu diperolehi apabila Allah sendiri memberitahunya kepada seseorang, pemberitahuan itu adalah melalui Ilham, kerana Allah berkata-kata kepada hambanya dengan bahasa ilham… setelah makrifat duduklah dalamhakikat… contohnya, setelah kita tahu rumah besar yang tersergam indah itu kita punya, maka duduklah di dalamnya, buat apa duduk di pondok burukyang bukan milik kita.
'
5.Kenapa Allah berkata2 dengan melalui Ilham? IA kan berkata2 yang boleh kita dengar?
'
1.Salaam.. Allah berkata-kata tanpa suara dan tanpa huruf, bahasa ini disebut ilham.
'
3.Bagai mana caranya untuk mendapatkan Makrifat? dan kenapa dapat Marifat kita kena duduk pada Hakikat?
'
4.Salam.. Makrifat adalah anugerah Allah, anugerah itu diperolehi apabila Allah sendiri memberitahunya kepada seseorang, pemberitahuan itu adalah melalui Ilham, kerana Allah berkata-kata kepada hambanya dengan bahasa ilham… setelah makrifat duduklah dalamhakikat… contohnya, setelah kita tahu rumah besar yang tersergam indah itu kita punya, maka duduklah di dalamnya, buat apa duduk di pondok burukyang bukan milik kita.
'
5.Kenapa Allah berkata2 dengan melalui Ilham? IA kan berkata2 yang boleh kita dengar?
'
1.Salaam.. Allah berkata-kata tanpa suara dan tanpa huruf, bahasa ini disebut ilham.
'
Cuba anda tutup mata, tutup pendengaran.. boleh kah kamu melihat apa didepan anda? dirumah anda? walaupun anda berada di opis? Dimana kerusi anda..dan sebagainya?
'
Sekarang cuba tutup telinga.. bolehkan anda dengar ibu kamu memanggil kamu di rumah walaupun kamu berada di opis? Atau mendengar deruman motordijalan raya walaupun opis kamutertutup tingkapnya?
'
Itulah Sifat2 Allah yang Hakiki. Yang memang sudah sedia ada, ada pada kita yang dipinjamkan oleh NYA. Jasad kita nie baru.. seperti telinga saluran pada pendengaran dan mata, saluran pada penglihatan kita. Jika jasadhancur, semua alat ikut hancur tapi tidak sifat2 Allah yang kekalkembali pada NYA.
'
Sekali lagi.. seperti kekata hajirikhusyuk.. Ilmu itu Hijab. Apa yang saya share kat cni hanya lah ILMU. Tiada makna tanpa praktikalnya.
'
Sekadar sharing.. wallahualam.. mungkin penjelsan saya kurang..bertanya pada yang lebih ahli ya..
'
6.TERIMA KASEH DI ATAS PENERANGAN2 itu. Bagaimanakah sifat2 Allah itu hendak di timbul kan pada diri kita supaya apa yang di pandang dan apa yang di dengar itu adalah Pandangan Nya dan apa yang di dengar itu ada lah Pendengaran Nya?…..tolong ceraian>>
'
7.Salam.. salah satu caranya dengan mengikut nasihat baginda Rasullulah sesuai dengan hadisnya: banyakkan amal-amal sunat sehingga Allah mencintai mu, apabila Allah telah mencintaimu maka perbuatanmu adala PerbuatanNya.. penglihatanmu adalah PenglihatanNya…dan pendengaranmu adalah PendengaranNya.. dsbnya.
'
8.Salam.. Sy setuju dgn sdara hajirikhusyuk… itu adalh hadis Rasulullah s.a.w. salah satu cara yg lain hendaklahkita mencari guru yg mursyid untuk membimbing kita.. hendaklah kita mencari guru yg dapat menyampaikan kita pada makrifah itu.. bgaimanapun hendaklah kita taubahawa harus bg Allah mengurniakan makrifah pada mereka yg dikehendakiNya tetapi wajib pula kita mengenalNya dgn sebenar kenal.. bagi persoaln sdara hamdan mengenai pandangnNya,pendengaranNya..itu mengesakan Allah pada kelakuannya… bukan aku yg berkuasa(nafi) yg berkuasa itu hanya Allah..(isbat) bukan aku yg berkehendak(nafi) yg berkehendak itu Allah..(isbat) bukan aku yg berilmu(nafi) yg berilmu itu Allah(isbat) bukan aku yg hidup(nafi) yg hidup itu Allah(isbat) bukan aku yg mendengar(nafi) yg mendengar itu Allah(isbat) bukan aku yg melihat..yg melihat itu Allah.. dan bukan aku yg berkata kata…yg berkata kata itu hya Allah… Maka ketika itu kita sedang mengesakannya.. dan bila tiba masanya Dia sendiri akan mengenalkan dirinya pada kita… itulah makrifah.. apa yg sy beritahu ini sekadar ilmu sahaja kerana hendaklah kita berguru terlebih dahulu untuk mengamalkannya…barulah ilmu itu akan berjalan…klau tidak ia akn menjadi sekadar ilmu sahaja..inilah hakikat sifatNya..hakikatnya yg berkuasa,berkehendak,berilmu,hidup,mendengar,melihat dan berkata kata hanya Allah… maka fanalah kita pada sifatnya… dan bukanlah ada sifat itu pada kita melainkan hanya Dia sahaja yg bersifat dgn 7 sifat itu…
'
1.salam,,, ya,,, alhamdulillah.
'
9.Salam dan terima kaseh….kerana untuk mengingatkan….akan saya ini.

Al-Muntahi (bhg. 5)

9. Kerana itu kata Saidina Ali: Tiada ku lihat melainkan ku lihatAllah di dalamnya. Kata Mansur Hallaj, pun berkata dengan sangat berahinya: Ana al Hak (Akulah yang Sebenarnya. Maka kata sufi Yazid: Maha suci aku, siapa besar sebagai aku.
'
Maka kata syeikh Junaid: Tiada di dalam jubahku ini melainkan Allah. Maka kata Sayyid Nasimi: Bahawa Akulah Allah. Maka kata Maksudi:  Dzat Allah yang Qadim,itulah dzat ku sekarang.
'
Dan kata Maulana Rumi: Alam ni belum, adaku adalah; Adam pun belum, adaku adalah; Suatupun belum, adaku berahikan Qadim ku jua.
'
Dan kata Sultan Asyikin Syeikh Ali Abul Wafa: Segala wujud itu WujudNya jangan kau sekutukandengan yang lain; Apabila kau lihatNya bagiNya dengan dia, maka sujudlah engkau sana tiada berdosa.
'
Maka kata kitab Gulshan: Hai segala Islam, jika kau ketahui berhala apa, Kau ketahui olehmu bahawa yang jalan itu pada menyembah berhala dikata. Jika segala kafir daripada berhalanya itu dalalnya, Mengapa maka pada agama itu jadi sesat.
'
(Peringatan: Kandungan kitab iniamat berat bagi pemikiran  yangtidak faham,  jangan membuat kesimpulan sendiri,  mintalah kepada Allah untuk mendapatkan penjelasan.)
'
Bersambung… ke bahagian 6.
'
'
'
'
Respons to “Al-Muntahi (bhg. 5)”
'
1.Dimana ku menghadapkan mata hati ku……. di situ lah ku sujud…
'
1.Allah maha meliputi.
'
2.salam… perbincangan ilmu yang halus-halus memerlukan guru, mohonlah padaNya agar di beri petunjuk melalui guru mursyid.

Al-Muntahi (bhg.6)

10. Sebab demikian maka SyeikhAynul Qudat menyembah anjing mengatakan: Hadha rabbi ( Inilah Tuhanku), kerana anjing itu tidak dilihatnya, hanya dilihatnya Tuhannya jua. Seperti orang melihat kepada cermin, mukanya jua yang dilihatnya, cermin ghaib dari penglihatannya,  kerana alam inipada penglihatannya seperti bayang-bayang  jua,…. rupanya ada Hakikatnya tiada.  Nisbat kepada Hak Allah SWT tiada nisbat kepada kita,  adalah kerana kita memandang dengan hijab. Seperti Sabda Rasullulah SAW: Siapa mengenal dirinya sesungguhnya ia mengenal Tuhannya; dengan isyaratkan jua, … pada Hakikatnya dikenal pun Ia, mengenal pun Ia.
'
11. Seperti Sabda Rasullulah SAW: Barangsiapa mengenal Allah lanjuti lidahnya. Pada tatkala mulanya mengetahui… siapa mengenal dirinya…, setelah sampai kepada… sesungguhnya mengenal Tuhannya,… maka Ia Sendiri NYA. Maka Sabda Rasullulah SAW:Barangsiapa mengenal Allah maka kelulah lidahnya; … ertinyatempat berkata tiada lagi lulus.
'
12.Seperti kata Syeikh Muhyil Din Arabi: Sesungguhnya Allah adalah Rahsiamu; …. itupun isyarat kepada: Barangsiapa mengenal dirinya sesungguhnya ia mengenal Tuhannya,..jua.
'
Syair Muhyil Din Arabi; Jika ada engkau orang bermata, bermula hamba itu kenyataan Tuhan, jika ada engkau orang berbudi maka barang segala engkau lihat ini keadaan NYA; Dan jika ada engkau orang bermata dan berbudi, maka apakah yang engkau lihat?,….hanya segala sesuatu itudi dalam NYA melainkan dengan segala rupa.
'
Seperti Firman Allah SWT: Ia itu serta kamu barang di mana ada kamu. Dan lagi kata Syeikh Muhyil Din Arabi dalam bentuk syair: Kamilah huruf yang maha tinggi tiada berpindah, Dan yang tergantung dengan istananya di atas puncak gunung. Aku engkaudi dalamnya, dan kami engkau dan engkau,.. Ia, …maka sekeliandalam Itu… Ia, ….. maka bertanyalah engkau kepada barangsiapa yang telah wasal (sampai kepada Allah).
'
bersambung… ke bahagian: 7

Al,muntahi (bhg 7 )

13. Hai Pelajar mengetahui “ siapa mengenal diri mengenal Tuhannya .” bukan mengenal jantung atau paru-paru,  bukan mengenal kaki dan tangan. Makna “siapa mengenal diri…” adanya dengan ada Tuhannya esajua. Seperti kata Syeikh Junaid: “ Warna air itu warna bejananya”
'
Seperti kata syair: Sesungguhnya telah tersembunyilah engkau maka tiada dapat dilihat oleh segala mata; Maka betapa dilihat oleh segala mata Kerana Ia terdinding oleh adaNya.
'
Kata Syeikh Muhyildin Arabi: Jika pergilah aku menuntut Dia, tiadalah berkesudahan tuntutku, jika datang aku ke hadiratNya, Ia liar daripadaku; Tidak aku melihat Dia, Ia tidak jauh daripada penglihatanku, Bermula: Ia ada dalamku dan tiada aku bertemu pada seumurku.
'
Maka ini lagi kata Syeikh Junaid: Adamu ini dosa, tiada dosa sebagainya. 14. Barangkala engkau pun satu wujud, Hak SWT pun satu wujud, sharika lahu (engkau mensyirikanNya) datang kerana Hak SWT: wahdahu la shararika lahu: (ertinya:tiada sekutu bagiNya), tiada wujud lain hanyawujud Hak SWT . Seperti laut dan ombak.
'
Seperti Firman Allah: Barang kemana mukamu kau hadapkan, maka di sana ada DzatAllah.
'
Kata Maulana Abdul Rahman Jami: Sekampung sekedudukan, sekelian  itu Ia jua; Pada telekung segala minta makan dan pada atlas segla raja-raja itu pun Ia jua; Pada segala perhimpunan dan perceraian dan rumah yang tersembunyi dan yang berhimpun itu pun Ia jua; Demi Allah sekeliannya ia jua. Maka demi Allah sekeliannya Ia jua.
'
Bersambung ke bahagian 8.
'
'
'
Respons to “Al-Muntahi (bhg. 7))”
'
1., “Al-Azzaliyyah pada hakikatnya hanyalah al-Abadiyyah (Keabadian), di mana antara keduanya tidak adapembatas apa pun. SebagaimanaAwwaliyyah (awal) adalah juga Akhiriyyah (akhir) dan akhir adalah juga awal. Demikian pula lahir dan batin, hanya saja suatu saat Dia menghilangkan Anda dan suatu saat menghadirkan Anda dengan tujuan untuk memperbarui kelezatan dan melihat penghambaan (’ubudiyyah). Sebab orang yang mengetahui-Nya melalui penciptaan makhluk-Nya, ia tidak akan mengetahui-Nya secara langsung. Sebab penciptaan makhluk-Nya berada dalam makna firman-Nya, ‘Kun’ (wujudlah). Sementara mengetahui secara langsung adalah menampakkan kehormatan, dan sama sekali tidak ada kerendahan.” Saya (Syekh Abu Nashr as Sarrai) katakan: Makna dan ucapan an-Nuri, “mengetahui-Nya secaralangsung,” ialah langsung dengan yakin dan kesaksian hatinurani akan hakikat-hakikat keimanan tentang hal-hal yang gaib.
'
Syekh Abu Nashr as-Sarraj – rahimahullah – melanjutkan penjelasannya: Makna dari apa yang diisyaratkan tersebut – hanya Allah Yang Mahatahu – bahwa menentukan dengan waktu dan perubahan itu tidak layak bagi Allah swt. Maka Dia terhadap apa yang telah terjadi sama seperti pada apa yang bakal terjadi. Pada apa yang telah Dia firmankan sama sepertipada apa yang bakal Dia firmankan. Sesuatu yang dekat menurut Dia sama seperti yang jauh, begitu sebaliknya, sesuatu yang jauh sama seperti yang dekat. Sedangkan perbedaan hanya akan terjadi bagi makhlukdari sudut penciptaan dan corak dalam masalah dekat dan jauh, benci dan senang (ridha), yang semua itu adalah sifat makhluk, dan bukan salah satu dari Sifat-sifat al-Haq swt. – dan hanya Allah Yang Mahatahu-.
'
2.Salam saudara Tahjud terima kasih atas masukan ini, ditambah sikit: Mengetahui-Nya secara langsung adalah setelah mencapai Isbatul Yakin-.. iaitu melihat Wujud Nya dengan nyata… (sudah pasti dengan mata hati, kalau dengan mata kepala sampai bila pun tak akan bertemu..)
'
3.Syirik itu adalah menduakan Allah… Apakah perkara2 atau perbuatanyang selalu di katakan syirik. Bagaimana untuk mengatasikan nya.salam..
'
1.setiap perbuatan yang lupa Allah, kalau tak mahu syirik jangan lupa Allah.
'
4.Memadai kah dengan Tauhid Ismak dan Ihsan ?
'
7.Salam Tuan, hmba juga mohon d izinkan untuk menyalin bagi memudahkan membaca kandungannya semasa.