28. Inilah ertinya: Yang fakir itu tiada suatu pun baginya. Maka firman Allah dalam Hadis Qudsi:
'
Tidur fakir itu tidurKu, Makan fakir itu makanKu, Dan minum fakir itu minumKu.
'
Dan lagi firman Allah: Manusia itu adalah RahsiaKu dan Aku Rahsianya dan Sifatnya.
'
Berkata pula Uways Al Qarani: Yang fakir itu hidup dengan hidup Allah, dan sukanya denganKesukaan Allah.
'
Seperti kata Mashaikh: Barangsiapa yang mengenal Allah maka ia akan menyengutukannya, dan barangsiapa mengenal dirinya maka ia itu kafir.
'
Seperti kata Syeikh Muhyil Din Ibnu Arabi:
'
Yang makrifat itu dinding bagiNya, Bermula jikalau tiada wujud kedua (alam) nescaya nyatalah AdaNya.
'
29. Kerana belajar dan makrifat, rindu dan merindu, sekeliannya itu, pada iktibarnya adalah sifat hamba juga, jikalau sekelian itu tiadalah padanya, maka lenyaplah ia. Kerana dzatnya dan sifatnya nisbat kepada Allah SWT jua, jikalau barangkala tiada ia, maka sifat hamba, seperti sifat ombak, pulang ke laut (Dzat).
'
Inilah makna Firman Allah QS Fajr 89:28: Pulang kepada Tuhannya dengan reda dan diredai. Dan makna QS Al Baqarah 2:156: Daripada Allah kami datang dan kepada Allah kami kembali.
'
Dan Firman Allah: QS Al Qashash 28:88: Tiap-tiap sesuatu binasa kecuali wajah Allah. Dan juga Firman Allah QS Ar Rahman 55:26,27: Segala sesuatu akan fana, dan yang kekal Dzat Tuhanmu yang empunya Kebesaran dan Kemuliaan.
'
'
Bersambung ke bahagian 15.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar