Jumat, 29 April 2011

Al-Muntahi (Bhg:4)

7. Sebermula sabda Rasullulah SAW dengan diisyaratkan jua. Sungguhpun pada Syariat rupanya berbagai-bagai pada Hakikat Esa jua, seperti kata syair;
'
Bahawa ada kekasihku, tubuh dan nyawa rupanya jua, Apa tubuh? Apa nyawa?…. sekelian alam pun rupanya jua; Segala rupa yang baik dan erti yang suci itu pun rupanya jua, Segala barang yang datang kepada penglihatanku itu pun rupanya jua.
.
Seperti firman Allah SWT : Barang ke mana mukamu kau hadapkan, maka di sana ada Dzat Allah. Tamsil, seperti susu dan minyak sapi, namanya dua, hakikatnya satu jua. Kesudahannya susu lenyap apabila ia diputar… minyak jua kekal sendirinya.
'
8. Sesekali tidak bertukar sepertisabda Rasullulah SAW: Barangsiapa mengenal dirinya dengan fananya, bahawa sanya mengenal ia Tuhannya dan Baqalah ia dan serta Tuhannya.
'
Seperti mengetahui ruh dengan badan; Ruh muhit (hidup) pada badan pun tiada, dalam badan pun tiada, di luar badan pun tiada. Demikian lagi Tuhan;  pada sekelian alam pun tiada,  dalam alam pun tiada, di luar alam pun tiada. Seperti permata cincin dengan cahayanya, dalam permata pun tiada cahayanya, di luar permata pun tiada cahayanya.
'
bersambung …ke bahagian 5:
'
'
'
'
Respons to “Al-Muntahi (Bhg:4)”
'
1.Shariaat tanpa Hakikaat kosong dan Hakikat tanpa Shariat adalah batal…..oleh itu jikalau beramal maka >>>>Ilmu tanpa beramal dan beramal tanpa Ilmu>>>>?
'
2.salaam.. sebelum sampai ke hakikat mestilah makrifat dulu,..setelah makrifat maka dudulah dalam hakikat…
'
2.salaam.. sebelum sampai ke hakikat mestilah makrifat dulu,..setelah makrifat maka dudulah dalam hakikat…
'
3.Bagai mana caranya untuk mendapatkan Makrifat? dan kenapa dapat Marifat kita kena duduk pada Hakikat?
'
4.Salam.. Makrifat adalah anugerah Allah, anugerah itu diperolehi apabila Allah sendiri memberitahunya kepada seseorang, pemberitahuan itu adalah melalui Ilham, kerana Allah berkata-kata kepada hambanya dengan bahasa ilham… setelah makrifat duduklah dalamhakikat… contohnya, setelah kita tahu rumah besar yang tersergam indah itu kita punya, maka duduklah di dalamnya, buat apa duduk di pondok burukyang bukan milik kita.
'
5.Kenapa Allah berkata2 dengan melalui Ilham? IA kan berkata2 yang boleh kita dengar?
'
1.Salaam.. Allah berkata-kata tanpa suara dan tanpa huruf, bahasa ini disebut ilham.
'
3.Bagai mana caranya untuk mendapatkan Makrifat? dan kenapa dapat Marifat kita kena duduk pada Hakikat?
'
4.Salam.. Makrifat adalah anugerah Allah, anugerah itu diperolehi apabila Allah sendiri memberitahunya kepada seseorang, pemberitahuan itu adalah melalui Ilham, kerana Allah berkata-kata kepada hambanya dengan bahasa ilham… setelah makrifat duduklah dalamhakikat… contohnya, setelah kita tahu rumah besar yang tersergam indah itu kita punya, maka duduklah di dalamnya, buat apa duduk di pondok burukyang bukan milik kita.
'
5.Kenapa Allah berkata2 dengan melalui Ilham? IA kan berkata2 yang boleh kita dengar?
'
1.Salaam.. Allah berkata-kata tanpa suara dan tanpa huruf, bahasa ini disebut ilham.
'
Cuba anda tutup mata, tutup pendengaran.. boleh kah kamu melihat apa didepan anda? dirumah anda? walaupun anda berada di opis? Dimana kerusi anda..dan sebagainya?
'
Sekarang cuba tutup telinga.. bolehkan anda dengar ibu kamu memanggil kamu di rumah walaupun kamu berada di opis? Atau mendengar deruman motordijalan raya walaupun opis kamutertutup tingkapnya?
'
Itulah Sifat2 Allah yang Hakiki. Yang memang sudah sedia ada, ada pada kita yang dipinjamkan oleh NYA. Jasad kita nie baru.. seperti telinga saluran pada pendengaran dan mata, saluran pada penglihatan kita. Jika jasadhancur, semua alat ikut hancur tapi tidak sifat2 Allah yang kekalkembali pada NYA.
'
Sekali lagi.. seperti kekata hajirikhusyuk.. Ilmu itu Hijab. Apa yang saya share kat cni hanya lah ILMU. Tiada makna tanpa praktikalnya.
'
Sekadar sharing.. wallahualam.. mungkin penjelsan saya kurang..bertanya pada yang lebih ahli ya..
'
6.TERIMA KASEH DI ATAS PENERANGAN2 itu. Bagaimanakah sifat2 Allah itu hendak di timbul kan pada diri kita supaya apa yang di pandang dan apa yang di dengar itu adalah Pandangan Nya dan apa yang di dengar itu ada lah Pendengaran Nya?…..tolong ceraian>>
'
7.Salam.. salah satu caranya dengan mengikut nasihat baginda Rasullulah sesuai dengan hadisnya: banyakkan amal-amal sunat sehingga Allah mencintai mu, apabila Allah telah mencintaimu maka perbuatanmu adala PerbuatanNya.. penglihatanmu adalah PenglihatanNya…dan pendengaranmu adalah PendengaranNya.. dsbnya.
'
8.Salam.. Sy setuju dgn sdara hajirikhusyuk… itu adalh hadis Rasulullah s.a.w. salah satu cara yg lain hendaklahkita mencari guru yg mursyid untuk membimbing kita.. hendaklah kita mencari guru yg dapat menyampaikan kita pada makrifah itu.. bgaimanapun hendaklah kita taubahawa harus bg Allah mengurniakan makrifah pada mereka yg dikehendakiNya tetapi wajib pula kita mengenalNya dgn sebenar kenal.. bagi persoaln sdara hamdan mengenai pandangnNya,pendengaranNya..itu mengesakan Allah pada kelakuannya… bukan aku yg berkuasa(nafi) yg berkuasa itu hanya Allah..(isbat) bukan aku yg berkehendak(nafi) yg berkehendak itu Allah..(isbat) bukan aku yg berilmu(nafi) yg berilmu itu Allah(isbat) bukan aku yg hidup(nafi) yg hidup itu Allah(isbat) bukan aku yg mendengar(nafi) yg mendengar itu Allah(isbat) bukan aku yg melihat..yg melihat itu Allah.. dan bukan aku yg berkata kata…yg berkata kata itu hya Allah… Maka ketika itu kita sedang mengesakannya.. dan bila tiba masanya Dia sendiri akan mengenalkan dirinya pada kita… itulah makrifah.. apa yg sy beritahu ini sekadar ilmu sahaja kerana hendaklah kita berguru terlebih dahulu untuk mengamalkannya…barulah ilmu itu akan berjalan…klau tidak ia akn menjadi sekadar ilmu sahaja..inilah hakikat sifatNya..hakikatnya yg berkuasa,berkehendak,berilmu,hidup,mendengar,melihat dan berkata kata hanya Allah… maka fanalah kita pada sifatnya… dan bukanlah ada sifat itu pada kita melainkan hanya Dia sahaja yg bersifat dgn 7 sifat itu…
'
1.salam,,, ya,,, alhamdulillah.
'
9.Salam dan terima kaseh….kerana untuk mengingatkan….akan saya ini.

Tidak ada komentar: